Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Saturday, October 18, 2014

Shah Alam Trees For Life (Program Tanam Pokok)

! Yana Halim !: Shah Alam Trees For Life (Program Tanam Pokok)


Assalamualaikum wbt...bismillah..Saya jarang nak kongsikan perihal kerja saya sebabnya nanti asyik bosan
la pulak cerita pasal pokok je ye dak? Nak buat macam mana, dunia landskap memang macam ni. Kena deal dengan pokok-pokok. Kena banyak tahu tentang pokok. Errr.....kena bercakap dengan pokok pun ye juga. Kang merajuk pulak tak nak besor-besor, tak nak berbuah, tak nak berbunga. Haaa.... kan dah jadi masalah macam tu? Pokok-pokok ni pun ada perasaan juga walau pun dia tak bercakap atau kita yang tak dengar ia bercakap. Since, pokok-pokok pun makhluk Allah swt. We shud respect them (err...betoi ke English mocik ni? hehe...) Ramai yang tak tahu, setiap manusia memerlukan 7 pokok untuk memberikan
oksigen yang secukupnya. Nabi pun pernah berkata bahawa antara sedekah yang terbaik ialah menanam pokok. U ols bayangkan berapa banyakkah sedutan oksigen kita setiap hari? Itu belum dikira lagi yang menumpang teduh, yang beroleh rezeki dari pokok yang ditanam tu. Tak terkira banyak pahala tu. Senang-senang je dapat, wehhh..... Amsyar kira bertuah jugalah sebab mama dia orang landskap yang bekerja
di PBT, banyak program yang melibatkan aktiviti menanam pokok di Shah Alam saya suruh dia join. Biar dia tau pasal pokok-pokok ni, belajar dan menghargai kehijauan. Dan hari ni, untuk Program Shah Alam Trees for Life anjuran MBSA-UMW-LKSA di Sri Muda-Alam Impian interchange ini, saya berjaya memujuk Kella join. Kawan-kawan yang lain, busy bebeno belakanya puunn....


Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code