Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Wednesday, September 30, 2020

Lokasi ke Kilang Roti Gardenia Bukit Kemuning Seksyen 32 Shah Alam hanya 5 min @ 1.8km dari homestay kami

Assalamualaikum wbt

Kecoh apabila roti gardenia kehabisan stok ketika awal PKP di bulan Mar/April 2020 akibat ramai membeli secara pukal/besar-besaran kerana PKP.

Terdapat bangunan baru di Kilang Roti Gardenia Bukit Kemuning Seksyen 32 Shah Alam yang beroperasi awal tahun 2020 yang diyakini mampu menampung permintaan yang tinggi di seluruh Malaysia

Anda boleh mengadakan lawatan ke kilang ini secara percuma samada untuk belajar/bekerja/suka-suka. Lawatan di buka dari Isnin - Sabtu. Untuk keterangan lanjut dan terkini boleh hubungi mereka di 03-51916130 atau layari website mereka GARDENIA BUKIT KEMUNING

Anda boleh menempah homestay kami sekiranya ada urusan kerja atau sebagainya sehingga memerlukan tempat tinggal sementara.

Nak tahu lokasi di mana klik gambar kat bawah


Saturday, June 6, 2020

Lokasi ke Jalan Sg Rasau Berjaya Industrial Park Seksyen 32 Shah Alam hanya 8 min @ 3.5km dari homestay kami

Assalamualaikum wbt

Terdapat pelbagai tempat makan menarik di Jalan Sg Rasau Berjaya Industrial Park.

Antaranya Sar Juju Steamboat. Tempat makan steamboat n grill yang best area shah alam ni. Menyediakan banyak pilihan makan yang meriah lebih 35 jenis.Ada kambing, seafood, Ais krim, Tomyam, Pelbagai Buahan dan puding

Kedai mamak seperti Nasi Kandar Al-Sahi, Restoran Al-Ikwan, Restoran Salsabeel.

Nasi Lemak Pak Ayob cawangan di Seksyen 32...yang popular di Seksyen 20

Nak tahu lokasi di mana klik gambar kat bawah

Monday, June 1, 2020

JBR Bundle Hicom Industrial Shah Alam

Me as MrsEnoxis: JBR Bundle Shah Alam:


Jarang nak jumpa kedai bundle yang besar. Selalu kitaorang pergi Jalan-Jalan Japan jer yang dekat Subang. Kali ni tetibe husband ajak pergi ke Bundle di Shah Alam. JBR Bundle nama dia. I tak sure apa sebenarnya yang husband tengah mencari tapi rasanya dia nak cari baju atau seluar la. Coz  sometime dekat bundle2 ni, leh jumpa garments yang rare2 jugak. Tu yang sometime leh sampai berjam dekat situ jer.

Nak tahu lebih lanjut sila klik tajuk warna kuning di atas

Harga homestay antara yang termurah di Shah Alam & Klang hanya RM180 untuk 2H1M termasuk FREE internet UNIFI 24jam sehari

Rumah teres setingkat dan lot tepi berdekatan taman permainan kanak2 dan boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan.

Hanya 12min perjalanan ke JBR Bundle

Friday, May 29, 2020

INTEC Educational College Shah Alam Seksyen 18

Nisa Zack [ ♛ ]: INTEC Educational College


(entry ini sesuai dibaca oleh adik-adik sekolah. For the seniors, sila beri tunjuk ajar jika terkureng terlobeh sana-sini) PEACE!
Haa the title is why NZ menyepi terlalu lama. (hehh takdak orang perasan pun hang menyepi dan lagi malang takdak sapa amek kesah pon hang menyepi) ==’
Okay lantakk.
Tanggal 31/12/13, aku check website INTEC & Alhamdulilllah aku dapat programme AUSMAT (Australian Matriculation Programme) . Perasaan? Zero. Bhahaha. Mungkin aku tak tahu apa-apa lagi kot pasal INTEC. So, perasaan teruja itu memang takde. Okay then, try tanya papa & mama. My father very very very  support me to go there ( bcoz he don’t want me to find any opportunity to fly to India). Hehhs! =.= My mother, as usual, she ask me to think about it thoroughly because she tak kesah. Mula-mula aku cakap aku taknak pergi, terkejut mak aku. Bhahaha. Saje test reaction dia macam mana. Tapi memang aku taknak pergi pun sebab entah kenapa tetiba rasa macam berat hati . Then, try tanya opinion kawan-kawan yang sebaya (tak rapat dengan senior lama & memang takde senior kat SAIS). Then, one of my friend pun brief lah a little bit about Pre-U blablabla. Tochehh Safwan. Hewwheww

Nak tahu lebih lanjut sila klik tajuk warna kuning di atas

Thursday, May 28, 2020

INTEC Education College Shah Alam

Zenith KUPSIS '94 Official Blog: INTEC Education College


Selamat Datang ! ♥   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Gapo ni ? Kolej je ? Bukan Universiti ?

Ramai yang masih tidak mengenali jenama INTEC  ini. Tahukah anda INTEC merupakan tempat persediaan bagi  pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara? INTEC merupakan Kampus Satelit di bawah naungan UiTM pada suatu ketika dulu.  Kini, INTEC telah diswastakan. Bermula tahun 2013, INTEC sepenuhnya menjadi IPTS di Malaysia. Private College gitu~ Lokasinya terletak di Shah Alam, Selangor. Mai la singgah ~

.
Apa istimewanya INTEC ni ?

Biasa je. Jujur saya cakap, INTEC ni tempat hamba Allah menimba ilmu. Ada rezeki dapatlah terbang.  *penuh rasa kerdil dan rendah diri* Oh, yang bestnya anda berpeluang meluaskan jaringan kenalan yang akan ke seluruh pelusuk dunia. Nanti senang nak roger. Mahu kenalan yang belajar di Jepun? Ireland? US? Australia?  Tiada masalah. Titik perkenalan bermula di sini :D 

Belajar di US tapi mahu merantau ke seluruh benua Eropah? Calling-calling je kawan di INTEC ni. Dapat tumpang rumah free. Jimat bajet. Antara sebab pusat persediaan ke luar negara ini ditubuhkan. Thumbs up
Nak tahu lebih lanjut klik tajuk warna kuning di atas
 

Wednesday, May 27, 2020

Kolej Akasia Tercinta Intec Shah Alam!

Fatin Rahmat: Kolej Akasia Tercinta!


Annyeong~
Cehhh.....ayat "tercinta" tu memang tak boleh blah la...

Aku nak cerita pasal tempat tinggal aku kat Seksyen 18 semenjak aku jadi student INTEC ni.

Kolej Akasia.

Well... Kolej Akasia ni of course la kolej kediaman for girls. Dekat depan kolej kitorang ada Kolej Cemara for boys, tapi ada jugak 2 girl's blok tersesat dekat situ.

Student AUSMAT memang semuanya ditempatkan dekat Blok 5. We all semua separated by programmes. So, kalau dapat lain-lain program...jangan mimpilah nak jadi housemate. Luckily aku dapat Tingkat 2. So tak adalah seksa sangat nak naik turun tangga.

Satu apartment kongsi 4 orang. Ada 2 bilik, living room, pantry, tempat sidai baju and bathroom. Perfect! I mean, okay la kan. At least tak adalah daif sangat ke pebenda...

Nak tahu lebih lanjut klik tajuk warna kuning di atas





Monday, May 25, 2020

What is INTEC SHAH ALAM??

TeHee~ ^.^: What is INTEC??:


I feel like I really need to write something about this. Most people, when they ask me, " Hi, you study kat mane sekarang?" And when I reply "Oh, I sekarang buat A- Level kat INTEC in Shah Alam". And they'll be like "INTEC?? What's that?" or maybe like "Ohhhh.. INTEKMA keee"

*krik* *krik* *krik*

Bila dah penat nak explain panjang2, mesti cakap INTEC, UitM Shah Alam.. Baru diorang "Ohhh.. UiTM Shah Alam.." (The fact is INTEC is now privatised and are no longer under UiTM) So now I just want to explain briefly about INTEC. INTEC is actually a preparation college to further your  studies overseas. Ada banyak program kat sini such as A-Level (UK, US, German), ADFP (American Degree Foundation Programme), AUSMAT, KTJ (Jepun), Korean Programme. Memang banyak. So, to those yang dapat offer kat sini, I'll just explain briefly. First, situasi belajar kat sini, seriously  macam class kat sekolah sebab ada classroom except the study hours dia lagi short kot. Ada banyak gap antara subjects (depends on your programme jugak). As for me, ada satu hari tu ada satu subject je (tak ingat sem berapa). A-Level is 100% exam based not like ADFP. ADFP dia banyak presentations and assignments. Other programmes, I'm not so sure.

Nak tahu lebih lanjut baca tajuk warna kuning di atas






Friday, May 22, 2020

Life in INTEC SHAH ALAM

Coretan Firdaus: Life in INTEC


Assalamualaikum and good morning guys..


Disebabkan harini tak ada kerja sangat nak buat so aku nak share sikit pasal life aku kt INTEC ni walaupun baru 5 hari kat sini. Untuk student yang plan nak masuk INTEC, semua akan diberikan hostel. Ada 3 hostel disediakan, Cemara dan Akasia di Seksyen 18 dan Cendana di Seksyen 6. Cemara dan Cendana adalah hostel lelaki dan Akasia untuk perempuan. Dan hostelnya agak baik dari segi kemudahan sebab terletak dekat dengan bandar seksyen 18. Satu rumah ada 2 bilik, 2 orang satu
bilik, ada 2 sofa dekat ruang tamu, 4 meja komputer, toilet, dan dapur. Tapi kalau nak memasak dilarang sama sekali (kecuali nasi). Barang elektrik yang boleh dibawa cuma seterika, cerek, pembakar roti dan periuk nasi. Selain dari itu kena dapat approval dari pihak pengurusan asrama (except battery charger dan laptop).
Kalau nak beriadah, sini ada court bola tampar, court badminton, dan gym. Court badminton terletak di asrama Akasia bertentangan dengan Cemara. So, kalau nak main tu ada jadual dia bila boleh masuk dan bila tidak. Sama juga dengan gym di Cemara pun ada giliran hari untuk perempuan dan lelaki. Kalau nak lebih faciliti ada di kolej INTEC sendiri, ada padang bola, padang ragbi, court futsal, gimnasium, dn padang tennis. Kalau nak berjogging sebelah hostel ada taman boleh beramah mesra dengan penduduk sini. Life dekat sini jauh berbeza dengan life di KL dulu. Dulu kalau nak shopping kena ke bandar sebab tak semua ada di area rumah sewa dulu. Dekat sini semuanya ada depan mata. Keluar hostel nampak dah bandar seksyen 18. Semua lengkap, ada Mydin Mart, Giant, Ole-Ole Mall, bank semua jenis ada, klinik , kedai makan semualah senang cakap. Untuk student macam aku ni, lebih selesa shopping dekat Mydin sebab harga lebih murah berbanding Giant. Untuk yang ada kenderaan, sini ada tiga stesen minyak,Shell, Petronas, dengan Petron.
Nak tahu lebih lanjut klik tajuk warna kuning di atas

Friday, May 15, 2020

Persediaan masuk ke INTEC Education College

Nadhirah Baharin: Persediaan masuk ke INTEC Education College:

Holla! Asssalamualaikum semua..

First, let me begin by introducing myself. My name is NADHIRAH BAHARIN. and you guys can call me Kak Nadhirah. Nak manja sikit boleh panggil Kak Dhyra ^^ Bak kata pepatah, tak kenal maka tak-'aruf (ta'aruf = berkenalan )

So, adik-adik yang baru nak masuk INTEC ni mesti teruja sangat sampai tak boleh tidur malam kan? Okay, hold your horses. Tahu korang semua excited, sebab tu boleh jumpa artikel ni kan? Without futher ado, allow me to introduce INTEC a little bit. you can skip this part -hoho-


1. What on earth is INTEC?

Yup, like always, people especially will never ever know what is INTEC. The first time you utter this word to your relatives they will go like "INTAN what?" I get that a lot. seriously. then, I wil go around and around bragging about what INTEC is. sometimes i will just like " oh it is a small college at Shah Alam"

INTEC used to stand for International Education College, but now the International is no longer used as there aren't so many international students ( not even 1%). so now it is INTEC Education College. And, INTEC used to be under UiTM, but it has recently converted to private college. INTEC basically share the same area for UiTM faculty of education. ( Where Da'ie Adibah is currently pursuing her degree. you can meet her here by chance)


2. What it's like at INTEC?

Nak tahu lebih lanjut klik tajuk warna kuning di atas

Friday, May 8, 2020

Generation of Khadeeja: Tak Kenal INTEC, Maka Ta'aruf!

Generation of Khadeeja: Tak Kenal INTEC, Maka Ta'aruf!


Assalamualaikum.
[Post kali ini khas untuk pembaca-pembaca yang lahir pada tahun 1997. Saya akan menukar kepada kata nama "Akak". Akak adalah pelajar tajaan JPA yang sedang mengikuti Program A-Level course Pure Science] Sebagai permulaan dan pengenalan untuk bakal-bakal pelajar INTEC (INTEC Education College), akak rasa bertanggungjawab untuk menceritakan sedikit sebanyak mengenai kolej yang bertuah ini. Serius, sesiapa yang dapat belajar di INTEC sangat bertuah, jika adik-adik rajin mencari apa hikmahnya. Acewah. Pertama kali menjejakkan kaki ke tempat baru, pasti adik-adik merasakan bahawa adik-adik memerlukan orang untuk membimbing. Jadi, jangan risau kerana pada hari pertama lagi ada senior yang akan membimbing adik-adik yang dikenali sebagai PM atau Pemimpin Mahasiswa. Nikmatilah dan pelajarilah sepanjang minggu orientasi kami yang dikenali sebagai MDS (Minggu Destini Siswa). Akak pun, in shaa Allah jadi PM, kalau diizinkan :)
KOLEJ AKASIA (SEKSYEN 18, SHAH ALAM)
Nak tahu lebih lanjut klik tajuk warna kuning di atas.  

Saturday, May 2, 2020

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS TEKNOLOGIN KLANG

Sekolah Menengah Tahfiz Harapan: LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI MAAHAD INTEGRASI TAHFI...: 



Assalamualaikum..

Syarat2 kemasukan:

1.Murid dan ibu/bapa lahir di Selangor atau murid dan salah seorang ibu/bapa lahir di Selangor dan murid hendaklah tinggal di Selangor atleast 6 tahun

2.Mumtaz dalam PSRA dan minimum 5A1B

3.Boleh membaca Al-Quran dengan lancar, fasih dan bertajwid

4.Lulus PAFA

5.Aktif kokurikulum

6.Lulus Ujian kelayakan

Hanya 11 min @ 7.7km ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains Teknologi Klang dari adik beradik ahnaf homestay kami terletak di Kg Bukit Naga Seksyen 32 Shah Alam. RM180 untuk 2H1M termasuk free UNIFI internet 24 jam sehari


Thursday, April 2, 2020

Majlis kahwin di Jalan Kemuning Indah Shah Alam - hanya 8 min @ 3.6km perjalanan dari homestay

Antara tarikan utama di Jalan Kemuning Indah Shah Alam adalah seperti:

1-Indah_Residences_Kemuning_Utama
2-Brightkids_Kemuning_Utama
3-Giant_Kemuning_Utama

Sumber petikan : https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-Jalan_Kemuning_Indah_32_139-Kuala_Lumpur-street_10917995-1082

8 min perjalanan

Tuesday, March 31, 2020

Homestay masih dibuka sepanjang PKP @ MCO berjalan. Ini jawapan PMO

Perkara no 16. Homestay/Housestay

Penyedia Perkhidmatan Penginapan dalam talian masih menjalankan operasi seperti biasa? Perkara ini adalah diluar bidang kuasa Kementerian ini memandangkan premis ini tidak perlu berdaftar dibawah MoTAC. Ia menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal selia premis berkenaan. Sebarang aduan, ia boleh dikemukakan kepada PBT masing-masing untuk tindakan lanjut. Nak tau lebih lanjut klik ke PMO.GOV website






Monday, March 2, 2020

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI LANTAI VINYL - Jarak homestay ke kedai Al Aqsa Carpets Jalan Kebun

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI LANTAI VINYL

Adakah anda sudah tahu tentang lantai vinyl yang semakin ramai penggunanya? Di sini kami ingin mengupas tentang lantai vinyl yang mempunyai pelbagai jenis dan ketebalan yang ada. Lantai vinyl merupakan jenis lantai yang mempunyai corak seperti ukiran kayu atau jubin. 

Di Al Aqsa Carpets, vinyl kami adalah vinyl gred tinggi buatan Korea yang hanya menggunakan material PVC asli, bukannya PVC yang terpakai atau sudah digunakan semula. Vinyl jenis PVC yang terpakai juga dikenali sebagai Vinyl Recycled. Vinyl jenis terpakai ini bukan lah menggunakan material PVC asli dan malah bahan tersebut adalah campuran-campuran material bukan daripada PVC. Vinyl Recycled tidak mempunyai ketahanan yang lebih tinggi berbanding vinyl PVC dan tempoh hayat penggunaan hanya dalam 2 ke 3 tahun sahaja untuk Vinyl Recycled.  

Seperti yang sudah anda tahu, semakin ramai pengguna yang ingin untuk menggunakan lantai vinyl dan ingin memasang lantai vinyl di kediaman rumah mereka. Jadi, banyak kelebihan yang ada pada lantai vinyl ini. Anda boleh lihat di sini untuk kelebihan Lantai Vinyl.  Ia juga mempunyai pelbagai corak dan warna. Anda boleh “mix and match” dengan corak yang anda mahukan. Anda dapat sesuaikan dengan warna cat dinding rumah yang sejuk atau warna cat yang elegan. Selain itu, pemasangan vinyl ini menjimatkan wang anda. Ini kerana lantai vinyl mempunyai harga yang murah berbanding lantai laminated atau lantai parquet pada harga pasaran. 

Nak tahu lebih lanjut klik tajuk berwarna kuning di atas.  

8 min perjalanan

Wednesday, January 8, 2020

Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga

Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga 

Hari tu masa food hunting, suami ajak makan Mee Celup di Medan Selera Bukit Naga yang terletak di Shah Alam Selangor. Kebetulan tengahari tu melawat kakak di Klang, dah alang-alang terus lajak ke Medan Selera Bukit Naga.
Dalam setengah jam je dari Jalan Yadi Klang. Sebenarnya food hunting kali ni lebih kepada sesi reunion suami dengan kawan Diploma dia dekat UiTM Pahang dulu merangkap senior aku juga lah.
Kami kenal dia dengan panggilan mesra Pak Lah sebab muka dia ada iras bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pak Lah pula jadi barisan utama Perwakilan Pelajar masa tu.



 Nak tahu lebih lanjut boleh klik tajuk kat atas warna kuning tu..Share dari blog sahabat.

Wednesday, January 1, 2020

MEDAN SELERA KAMPUNG BUKIT NAGA, SEKSYEN 32, SHAH ALAM

MEDAN SELERA BUKIT NAGA, SEKSYEN 32:


Medan Selera Bukit Naga mula dibuka pada 01.10.2018 merupakan medan selera ke-2 yang berkonsepkan gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah makanan. Ianya berkonsep banyak gerai dalam satu bangunan / bumbung. Terletak di simpang 4, jalan rezab buang, kampung bukit naga, berhampiran dengan sekolah agama bukit naga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code