Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Friday, May 22, 2020

Life in INTEC SHAH ALAM

Coretan Firdaus: Life in INTEC


Assalamualaikum and good morning guys..


Disebabkan harini tak ada kerja sangat nak buat so aku nak share sikit pasal life aku kt INTEC ni walaupun baru 5 hari kat sini. Untuk student yang plan nak masuk INTEC, semua akan diberikan hostel. Ada 3 hostel disediakan, Cemara dan Akasia di Seksyen 18 dan Cendana di Seksyen 6. Cemara dan Cendana adalah hostel lelaki dan Akasia untuk perempuan. Dan hostelnya agak baik dari segi kemudahan sebab terletak dekat dengan bandar seksyen 18. Satu rumah ada 2 bilik, 2 orang satu
bilik, ada 2 sofa dekat ruang tamu, 4 meja komputer, toilet, dan dapur. Tapi kalau nak memasak dilarang sama sekali (kecuali nasi). Barang elektrik yang boleh dibawa cuma seterika, cerek, pembakar roti dan periuk nasi. Selain dari itu kena dapat approval dari pihak pengurusan asrama (except battery charger dan laptop).
Kalau nak beriadah, sini ada court bola tampar, court badminton, dan gym. Court badminton terletak di asrama Akasia bertentangan dengan Cemara. So, kalau nak main tu ada jadual dia bila boleh masuk dan bila tidak. Sama juga dengan gym di Cemara pun ada giliran hari untuk perempuan dan lelaki. Kalau nak lebih faciliti ada di kolej INTEC sendiri, ada padang bola, padang ragbi, court futsal, gimnasium, dn padang tennis. Kalau nak berjogging sebelah hostel ada taman boleh beramah mesra dengan penduduk sini. Life dekat sini jauh berbeza dengan life di KL dulu. Dulu kalau nak shopping kena ke bandar sebab tak semua ada di area rumah sewa dulu. Dekat sini semuanya ada depan mata. Keluar hostel nampak dah bandar seksyen 18. Semua lengkap, ada Mydin Mart, Giant, Ole-Ole Mall, bank semua jenis ada, klinik , kedai makan semualah senang cakap. Untuk student macam aku ni, lebih selesa shopping dekat Mydin sebab harga lebih murah berbanding Giant. Untuk yang ada kenderaan, sini ada tiga stesen minyak,Shell, Petronas, dengan Petron.
Nak tahu lebih lanjut klik tajuk warna kuning di atas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code