Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Showing posts with label TERMA DAN SYARAT. Show all posts
Showing posts with label TERMA DAN SYARAT. Show all posts

Tuesday, March 31, 2020

Homestay masih dibuka sepanjang PKP @ MCO berjalan. Ini jawapan PMO

Perkara no 16. Homestay/Housestay

Penyedia Perkhidmatan Penginapan dalam talian masih menjalankan operasi seperti biasa? Perkara ini adalah diluar bidang kuasa Kementerian ini memandangkan premis ini tidak perlu berdaftar dibawah MoTAC. Ia menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal selia premis berkenaan. Sebarang aduan, ia boleh dikemukakan kepada PBT masing-masing untuk tindakan lanjut. Nak tau lebih lanjut klik ke PMO.GOV website






Friday, September 14, 2018

Panduan Menempah Homestay

Panduan Menyewa | Menempah Rumah Sewa | Homestay | Airbnb


Elakkan menyewa homestay secara tiba2 (tempahan last minutes) terutama hujung minggu atau masa cuti sekolah. Ini kerana kebanyakan homestay yang murah akan cepat habis ditempah macam pisang goreng.

Disini dilampir bagaimana hendak memilih homestay sebagai panduan bagi bakal penyewa homestay. Hasil nukilan seorang blogger. Abahomestay kami yang sudah lama beroperasi sejak 2013 ada perabot dan kemudahan lengkap yang asas. RUANG TAMU, BILIK UTAMA & BILIK QUEEN (Lihat Gambar Dalam Blog nie...kena lihat kat kemudahan). Harga adik beradik homestay antara yang termurah dan berbaloi untuk disewa di Shah Alam & Klang sebab terletak di tengah2 antara Shah Alam dan Klang. Cuma RM180 untuk 2H1M. Rumah teres setingkat dan lot tepi serta berdekatan pula dengan taman permainan kanak2. Jangan risau anda boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan dengan FREE. Tak perlu bayar pun. Untuk baca kisah ini lebih lanjut sila klik warna kuning di atas.


Nak tahu lebih lanjut komen kat bawah post ni. 

Saturday, December 12, 2015

Promosi Hujung Tahun 2015 (dari 23hb Dec sehingga 27hb Dec 2015) - hanya RM 510 untuk 5h4m

Assalamualaikum wbt.

Sempena cuti sekolah 2015, satu tawaran istimewa diberikan kepada bakal penyewa yang ingin menempah adik beradik ahnaf homestay iaitu hanya perlu bayar RM510 untuk 5 hari 4 malam bermula dari 23 - 27 Disember 2015 (Rabu - Ahad). Harga adalah tetap. Pakej ingin hanya terbuka kepada semua yang ingin menempah sempena Hari Maulud Nabi & Krismas. Tawaran terhad.

Lokasi Abahomestay dan laluan ke tempat2 menarik di Shah Alam (melalui LKSA)

Lokasi Abahomestay (boleh seacrh melalui google map malaysia)

Monday, April 8, 2013

TERMA DAN SYARAT

      Pelanggan yang dihormati.
  1. TIDAK DIBENARKAN merosak atau membawa balik sebarang fasiliti dan kemudahan yang disediakan di dalam atau sekitar rumah.
  2. TIDAK DIBENARKAN membawa binatang peliharaan (no pets please.)
  3. TIDAK DIBENARKAN membawa masuk makanan / minuman yg HARAM ke dalam homestay ini.
  4. Untuk mengesahkan tempahan, deposit 50% daripada jumlah total sewa perlu dibayar melalui akaun bank (rujuk pada ruangan pembayaran) dalam masa 24 jam (maaf tempahan terpaksa dibatalkan tanpa perlu dimaklumkan selepas 24 jam jika terma ini tidak dipatuhi ). 
  5. Perabot, peralatan elektrik, barang perhiasan rumah dan barang-barang lain di dalam dan sekitar rumah, adalah pada dasar sewa sahaja. Sebarang kerosakan/hilang, hendaklah dibayar gantirugi. Sila tinggalkan rumah seperti keadaan asal ketika check-in.
  6. Check-in 2PM & Check-out 12 T/HARI. Tambahan RM10 akan dikenakan setiap jam sekiranya check-in awal atau check-out lewat. 
  7. Agen pembersih rumah akan datang membersih rumah tepat jam 12:30 tgh (jika tiada permintaan checkout lewat.) Agen ada kunci dan akan masuk ke dalam rumah untuk memulakan tugas pembersihan TANPA PERLU MEMINTA KEBENARAN PENYEWA. Sebarang harta persendirian yang masih ada di dalam atau sekitar kawasan rumah adalah tanggungjawab penyewa.
  8. Di waktu check-in, SILA BAYAR BAKI SEWA dan RM100 deposit keselamatan (akan dipulangkan) untuk mengambil kunci.
  9. Kadar sewa tertera ialah untuk satu malam.
  10. Surcaj akan dikenakan kepada tempahan untuk penyewa dari luar Malaysia.
  11. Deposit keselamatan akan dipulangkan dalam tempoh satu hari jika terma dan syarat ini dipatuhi sepenuhnya.
  12. Pihak kami tidak menyewa premis ini kepada mana-mana pasangan yang belum berkahwin. Kami akan berurusan secara langsung dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor sekiranya terdapat kes-kes yang mencurigakan.
  13. Diharapkan tuan/puan dapat memelihara hubungan baik dengan jiran-jiran dengan tidak melakukan sebarang tindakan yang menjejaskan ketenteraman mereka seperti memasang radio/television dengan terlalu kuat, mencuri dll. Hormatilah mereka seperti jiran sendiri.
  14. Kenderaan tuan/puan hendaklah diletakkan di dalam halaman atau hadapan rumah sahaja.
  15. Pintu dan tingkap hendaklah ditutup/kunci semasa meninggalkan homestay. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan harta benda yang dibawa semasa menginap di sini. Sebarang kecurian adalah menjadi kes polis.
  16. Kami menghargai jasa baik tuan/puan yang menjaga kebersihan homestay ini.
  17. Kami anggap tuan/puan telah baca dan faham akan segala isi kandungan terma dan syarat  yang tertera di sini sebaik sahaja tempahan disahkan.
  18. Terima kasih kerana membaca blog ini. Selamat Menginap di Adik Beradik Ahnaf Homestay.    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code