Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Monday, April 8, 2013

TERMA DAN SYARAT

      Pelanggan yang dihormati.
  1. TIDAK DIBENARKAN merosak atau membawa balik sebarang fasiliti dan kemudahan yang disediakan di dalam atau sekitar rumah.
  2. TIDAK DIBENARKAN membawa binatang peliharaan (no pets please.)
  3. TIDAK DIBENARKAN membawa masuk makanan / minuman yg HARAM ke dalam homestay ini.
  4. Untuk mengesahkan tempahan, deposit 50% daripada jumlah total sewa perlu dibayar melalui akaun bank (rujuk pada ruangan pembayaran) dalam masa 24 jam (maaf tempahan terpaksa dibatalkan tanpa perlu dimaklumkan selepas 24 jam jika terma ini tidak dipatuhi )
  5. Perabot, peralatan elektrik, barang perhiasan rumah dan barang-barang lain di dalam dan sekitar rumah, adalah pada dasar sewa sahaja. Sebarang kerosakan/hilang, hendaklah dibayar gantirugi. Sila tinggalkan rumah seperti keadaan asal ketika check-in.
  6. Check-in 2PM & Check-out 12 T/HARI. Tambahan RM10 akan dikenakan setiap jam sekiranya check-in awal atau check-out lewat. 
  7. Agen pembersih rumah akan datang membersih rumah tepat jam 12:30 tgh (jika tiada permintaan checkout lewat.) Agen ada kunci dan akan masuk ke dalam rumah untuk memulakan tugas pembersihan TANPA PERLU MEMINTA KEBENARAN PENYEWA. Sebarang harta persendirian yang masih ada di dalam atau sekitar kawasan rumah adalah tanggungjawab penyewa.
  8. Di waktu check-in, SILA BAYAR BAKI SEWA dan RM100 deposit keselamatan (akan dipulangkan) untuk mengambil kunci.
  9. Kadar sewa tertera ialah untuk satu malam.
  10. Surcaj akan dikenakan kepada tempahan untuk penyewa dari luar Malaysia.
  11. Deposit keselamatan akan dipulangkan dalam tempoh satu hari jika terma dan syarat ini dipatuhi sepenuhnya.
  12. Pihak kami tidak menyewa premis ini kepada mana-mana pasangan yang belum berkahwin. Kami akan berurusan secara langsung dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor sekiranya terdapat kes-kes yang mencurigakan.
  13. Diharapkan tuan/puan dapat memelihara hubungan baik dengan jiran-jiran dengan tidak melakukan sebarang tindakan yang menjejaskan ketenteraman mereka seperti memasang radio/television dengan terlalu kuat, mencuri dll. Hormatilah mereka seperti jiran sendiri.
  14. Kenderaan tuan/puan hendaklah diletakkan di dalam halaman atau hadapan rumah sahaja.
  15. Pintu dan tingkap hendaklah ditutup/kunci semasa meninggalkan homestay. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan harta benda yang dibawa semasa menginap di sini. Sebarang kecurian adalah menjadi kes polis.
  16. Kami menghargai jasa baik tuan/puan yang menjaga kebersihan homestay ini.
  17. Kami anggap tuan/puan telah baca dan faham akan segala isi kandungan terma dan syarat  yang tertera di sini sebaik sahaja tempahan disahkan.
  18. Terima kasih kerana membaca blog ini. Selamat Menginap di Adik Beradik Ahnaf Homestay.    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code