Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Tuesday, October 28, 2014

Pengangkutan Awam di Klang dan Banting (1882-1957)...

Aku Budak Telok: Pengangkutan Awam di Klang dan Banting (1882-1957)...:


Salam buat semua.
Minggu ini seminggu aku bercuti. Cuti sempena Raya Hindu a.k.a
Hari Deepavali dan Awal Muharam 1436H. Korang bayangkan duduk di rumah tak buat
apa-apa selama seminggu…BORING! Korang kata seronok bercuti panjang?
Bayangkan…dalam setahun ada 365 hari,kan? Aku cuma bekerja  solid 180 hari sahaja, tak termasuk cuti
sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu. Kalau campur cuti Rehat Khas
kerajaan selama 7 hari setahun dan MC yang doktor beri (atau aku yang minta),
tak sampai 6 bulan aku bekerja, itu pun bekerja Cuma setengah hari sahaja. Tak
sampai pun 6 jam. Wah, mesti korang jealous dengar cerita aku yang terlalu
banyak cuti dalam hidup ini,kan? Hahaha…itulah nasib seorang cikgu masa kini.. Isk,isk,isk
(menangis konon!)

Tapi korang kena ingat…jadi cikgu atau pendidik ini kena kuat
mental, maklum ler berdepan dengan kerenah beratus-ratus manusia (banyak kelas),
pelbagai ragam. Lepas itu kena pulak semak kerja-kerja sekolah dan kerja rumah
budak-budak ini. Lepas itu, terpaksa pula marah-marahkan budak yang tak siapkan
kerja rumah, budak ponteng, jaga kesihatan murid-murid, dan berbagai-bagai
bagai lagi. Pendek kata, kitaoranglah emak abah bebudak ini selama mana mereka
di sekolah…bayangkan kerja enam jam tapi solid dengan masalah! Lepas itu segala
kerja yang tak dapat disiapkan di sekolah, kami terpaksa bawa balik ke rumah.
Kitaorang kerja tak boleh bertangguh. Kerja hari ini, habiskan hari ini
juga…atau paling lewat esok. Tak macam penjawat awam lainnya..fail bertimbun
atas meja masih boleh turun minum berjam-jam di kantin.  Oooops..maaf ya. TERmengumpat pulak.

Nak jalan bercuti..isyy..,malaslah. Tak sampai sebulan lagi dah
bercuti panjang. Masa itu jalan sakan ler. Jalan, makan, tidur selama sebulan
setengah bercuti panjang sehingga awal tahun depan. Tapi dalam keadaan harga
petrol dah naik ini, semuanya perlu berkira. Hanya yang perlu-perlu sahaja.  Rasa-rasanya lepas ini terpaksalah aku anak
beranak beratur panjang naik bas kalau nak ke mana-mana, macam dulu-dulu. Nostalgik sungguh masa itu.


Jadi, aku pun cari dan rayau (kata omputeh, surfing) dalam internet cari bahan-bahan tentang sejarah
pengangkutan bas dan kenderaan awam yang lain di sekitar Banting, Klang,
dan  kawasan sekitarnya. Kalau korang
baca pasti korang surprise pasal
banyak things that we take for granted
sebenarnya suatu nikmat atau kesenangan yang tak dikecapi oleh orang lain di
mana-mana tempat sama ada di Malaya, Malaysia atau di dunia umumnya. Nak tahu?
Teruskan membaca. Seperti biasa, aku skemakan sikit penulisan ini untuk rujukan
bebudak sekolah dan universiti yang nak copy
dan paste
cerita kat sini  untuk
projek Sejarah atau Geografi diorang. So,sit
back, relax and enjoy the reading
. Ceritanya begini……

Kisah bermula hidup orang kampong. Ramai migran dari China dan India
datang ke Malaya untuk berkampung. Ramai yang datang itu nak cari rezeki. Dah
lama duduk, ada juga teringin nak berbini. Ek Eleh…dah macam lirik lagu Ke Jolobak ke Jelebu pula bunyinya,
kih,kih,kih…


Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code