LAILA KAMILIA: Berpijak di bumi nyata:
Alhamdulillah...Akhirnya saya kembali berpijak di bumi nyata. Tubuh masih sengal-sengal kerana aktiviti lasak yang tak berpadanan dengan orang tua macam saya ni. Hari ni masa menuju puncak tingkat 4 untuk meneruskan kursus induksi pula, saya cuba menggagahkan diri. Sepanjang kursus, handphone tidak boleh digunakan. Bila buka saja hp, saya tengok banyak miss call dan sms diterima. Maaflah kepada rakan-rakan yang tidak saya balas panggilan ataupun smsnya. Saya hanya menelefon abang dan anak-anak. Ketika itu saya memang tidak berada di dunia nyata lagi. Saya kepenatan. Sepanjang kursus ada ujian kecergasan, ujian lari 2km, aktiviti kembara (menyusuri kawad berduri, merentasi sungai dan berjalan di laluan kelapa sawit selama satu jam lebih) juga ceramah, LDK dan aktiviti kerohanian. Tidur jam 1200 dan bangun jam 445pagi. Saya betul-betul keletihan.
Paling kelakar pada hari terakhir kursus, ada peperiksaan akhir dijalankan. Kami diberi masa untuk membuat persediaan akhir sejam sebelum periksa. Apa persediaan saya? Di saat kebanyakan rakan-rakan menelaah, saya ZZZZZZZ. Saya ceritakan kepada abang dan dia geleng kepala kerana inilah sejarahnya sepanjang menduduki peperiksaan saya membuat persediaan bukan dengan membaca tetapi tidur.
Saya sampai ke rumah semalam jam 6.30 petang. Sampai di rumah, setelah bermesraan dengan keluarga, saya terbungkang macam apatah lagi. Agaknya kalaulah bom meletup, saya memang langsung tak akan sedar!
Untuk mengetahui cerita lebih lanjut, klik tajuk / title di atas ni.
Pihak kami ada menyediakan homestay dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.
Klik link di bawah untuk pergi ke sana dari homestay kami:
Peta Laluan
Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay
Thursday, August 1, 2013
Cerita Seorang Peserta Kursus Induksi di Kem Bumi Jati
Labels:
KEM BUMI JATI,
peserta,
SHAH ALAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment