Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Sunday, August 23, 2015

Shah Alam bandaraya pelancongan - Selangor & KL - Sinar Harian

Shah Alam bandaraya pelancongan - Selangor & KL - Sinar Harian

BANDARAYA dalam taman yang indah seperti Shah Alam ini menawarkan lokasi riadah menarik dan mendamaikan kepada warganya termasuk pengunjung luar. Shah Alam mempunyai destinasi menarik dan sering menjadi tumpuan untuk tujuan bersiar-siar, membeli-belah, bercuti dan berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Kunjungan ke Shah Alam pasti mengukir seribu kenangan manis yang akan segar dalam ingatan. Laman Seni 7 ialah tarikan terbaharu di Shah Alam, inisiatif yang lahir cetusan ilham kreatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang berhasrat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap lorong belakang yang sinonim dengan unsur negatif.

Apa yang cuba ditonjolkan adalah imej lorong belakang yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati pengunjung, bahkan sebagai tempat penganjuran aktiviti berfaedah lain. Lorong belakang yang sebelum ini suram bertukar ceria dan berwarna-warni dengan hiasan grafiti, mural serta persembahan muzik jalanan menjadikan ia sebagai lokasi yang sentiasa dikunjungi masyarakat setempat dan pelancong luar.


Selain itu, Shah Alam memiliki pesona tersendiri dengan tersergamnya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri Selangor yang menjadi simbol keagungan Islam di negeri ini. Masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Biru bagi pelancong adalah yang terbesar di Asia Tenggara, mempunyai seni bina Islam menakjubkan dan keindahan masjid seluas 14.6 hektar yang terletak di sebahagian Tasik Shah Alam itu mempunyai kubah masjid terbesar di dunia serta menara tertinggi di dunia.

Sebagai Bandaraya hebat, Shah Alam turut dilengkapi kemudahan ilmiah seperti Perpustakaan Raja Tun Uda (Ratu) yang direka bentuk seperti kapal besar yang megah. Perpustakaan Negeri ini berfungsi mentadbir, menyelenggarakan dan menyelaras perpustakaan-perpustakaan di seluruh Selangor. Bukan itu sahaja, tasik buatan seluas 43 hektar yang dikenali Taman Tasik Shah Alam dikunjungi setiap hari kerana ia lokasi riadah dan santai bersama keluarga dengan dilengkapi trek joging, taman permainan, permainan kayak dan pelbagai lagi aktiviti sihat.


Tidak ketinggalan juga, Dataran Shah Alam turut direka unik menggabungkan unsur tradisional, moden dan klasik. Dataran Shah Alam turut dilengkapi dengan satu skrin gergasi dan menara jam setinggi 50 kaki sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga.

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

 
#sumber berita harian


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code