Salam,
Lama dah takde entry cuti-cuti. Minggu lepas, aku bersama keluarga berpeluang melawat i-city, Shah Alam. Kesimpulannya, seronok ok. Sebab apa? Sebab tak ramai orang dan dapat harga pakej. Sebelumni kalau pergi i-city, mesti ramai orang dan nak parking pun susah. Tapi kali ni, tak ramai orang. Nak berjalan-jalan kat situ pun tak sesak. Tujuan utama pergi i-city ni sebenarnya nak tengok patung lilin tu je. Harga tiket untuk masuk adalah RM35 seorang. Tapi masa nak beli tiket, staff disitu suggest untuk ambil pakej. Pakej ni berharga RM52 seorang dan boleh masuk 5 tempat tarikan. Setelah membuat pengiraan, kami decide nak ambil pakej tu. Jimat ok. DAN kami tambah untuk masuk trick art museum (RM15). DAN rasanya pakej ni valid untuk weekdays je rasanya. 5 tempat tarikan itu adalah:
Red Carpet (Patung Lilin)
Rumah hantu
Space Walk
Snow Walk
Waterworld
Red Carpet (Patung Lilin)
Rumah hantu
Space Walk
Snow Walk
Waterworld
Kami hanya masuk 4 tempat je daripada pakej tu. Waterworld tak masuk sebab tak bawa baju salin (Kalau tau ada pakej ni, dah bawa baju salin ceh). Tapi masih jimat lagi tau. Dalam 5 tempat yang kami pergi, red carpet, snow walk dan trick art museum adalah wajib masuk. Yang lain-lain tu tak masuk pun takpe. Biasa-biasa je.
Red Carpet (Patung Lilin)
Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.
Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.
Peta Laluan
No comments:
Post a Comment