Tepat jam 9.30 pagi, dua buah bas bergerak menuju ke SACC. Ketika dalam perjalanan, sesi ice breaking dan sesi pengenalan Nisa’ Serdang diadakan. sporting sungguh adik-adik peserta ketika sesi soal jawab. Selesai ice breaking, kami meninjau pemandangan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan. Subhanallah.
Tepat jam 10.20 pagi, bas tiba di hadapan pintu masuk SACC Mall. Setelah berada di dalam kumpulan masing-masing, kami bergerak masuk untuk meninjau-ninjau dan juga membeli belah bahan-bahan ilmiah di situ. Sebaik sahaja kami tiba di dalam SACC Mall yang dipenuhi ratusan pengunjung, YAB Menteri Besar Selangor dan YB Dr Halimah Ali tiba untuk menghadiri ke majlis perasmian pesta buku. Sejurus selepas ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian, aktiviti ‘Read Silently for 15 minutes’ berlangsung tepat pada jam 11.00 pagi. Kesemua pengunjung dan peserta mengambil bahagian dalam acara ini di mana kami berhenti dan membaca bahan bacaan yang disediakan selama 15 minit.
Untuk mengetahui cerita lebih lanjut, klik tajuk / title di atas ni.
Pihak kami ada menyediakan homestay dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.
Pihak kami ada menyediakan homestay dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.
No comments:
Post a Comment