Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Tuesday, July 29, 2014

Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam

Neskopi: Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam: 


Pada masa hari pertama di bulan Ramadhan, kami pergi ke seksyen 7 shah
alam... rancangnya nak pergi cuci rambut puan puteri. Punya lah lama
puan puteri ni ke salon dari tengahhari sehingga magrib baru nak siap.
Hal perempuan memang lama... Pada rakan-rakan yang ada ma'am nak buat
atau basuh rambut tu, baik tinggalkan aje lah situ. Pergi jalan-jalan
atau ke masjid berhampiran. Kes tak tahu kurang info macam aku ni memang
nanya gini...
Kat sini aku nak perkenalkan ada saloon muslimah khas untuk muslimah...
maksudnya cuma wanita sahaja yang menguruskan wanita. Memang aku duduk
di kaki lima depan pintu saloon, tiada sorang lelaki pun masuk or lalu
lalang disini, ye la kan mana tahu suami pada tuan kedai ke apa ke...
yang bagusnya semuanya tertutup rapat. Nama salon tu Salon Muslimah AlZahirah, saing rodong boleh lihat di gambar bawah ni...



Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.


Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.


Peta Laluan

Thursday, July 24, 2014

i-City Shah Alam 1 : Malaysia Travel

Kaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin: i-City Shah Alam 1 : Malaysia Travel: 


My First Visit to the Coolest Hotspot in Town


Kembara kami kali ini adalah ke I-City, Shah Alam. Melancong dalam negeri juga tidak kurang menariknya. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang baik lagi hujan batu di negeri sendiri. Nak ke i-City agak mudah juga. Kan GPS ada, pasti boleh sampai punya. Kalau tidak cari saja pintu masuk No.2 ke UiTM (berhampiran Wisma Jakel Seksyen 7 Shah Alam). Ada simpang 4 dan traffic lite, ambil saja laluan yang bertentangan dengan pintu masuk ke UiTM.

Di harap tidak mengelirukan anda. Guna je GPS. Jalan terus sampai jumpa simpang ke kiri
selepas sungai kecil (Longkang besar), masuk ke kiri dan jalan terus. Dari sini anda pasti nampak kerlipan lampu LED di i-City. Saya terus memandu Ke Gate A. Terus masuk ambil parking tiket. Parking di mana-mana area di kawasan berhampiran Maybank, KFC, 7 eleven, The Chicken Riceshop atau Pos Malaysia. Parking fee tak mahal. Kami parking dari jam 930 pagi sehingga 1000 malam baru di caj RM12.00.Alamat : I-City, XG 7, Jalan Plumbum X7/X, Pusat Komersil Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Harga masuk pulak. Murah je. RM 70 untuk 6 attractions. i) Water World  ii) House of Horror iii)Trick Art Museum iv) Snowwalk v) Red carpet  vi) Space Mission. Harga asal adalah RM165. Kami beli semasa MATTA FAIR bulan Februari 2014. Link blog tentang MATTA Fair Feb 2014 telah saya siarkan di ink berikut :  http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-matta-fair-mac-2014.html. Berbaloi kalau beli di MATTA FAIR. MATTA FAIR yang berikut adalah pada bulan Sept 2014.  

Mengimbau kembali semasa kami bercuti ke Sydney sahaja. Kalau nak masuk ke Madame
Tussauds, Sydney beli tiket di kaunter sahaja dah AUD 40 (RM120). Atau on line tiket sahaja AUD 28 (RM98). Kiranya berbaloi, di Malaysia RM70 boleh tengok 6 attractions instead of Red Carpet (Madame Tussauds Malaysia).


Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

Saturday, July 19, 2014

My Small World: Reunion teman se-U :-)

My Small World: Reunion teman se-U :-)


Seminggu lepas saya balik USA, ada jemputan ke rumah kawan di Shah Alam. Ina jemput ramai juga tapi yang turn up 5 orang ajer. Jadilah kan. Dania tak join sebab ada seminar motivasi kat surau berdekatan rumah. 

Syok juga bila dah dapat berjumpa ramai-ramai ni macam-macam cerita yang keluar. Ni photo belah kiri ni Cik Normi. Saya memang berkepit je dengan dia kat UITM Terengganu. UITM Shah Alam disebabkan kami kelas lain-lain jadinya tak la berkepit sangat. Kalau kat UITM Terengganu tu ibarat belangkas. Hehe. Yang belah kanan ni Emi. Lecturer tapi sekarang ni sibuk pulak buat PHD. Masa ambik Masters kat UK, rajin dia call saya. Tq Tq. Masa ambik degree kat UITM Shah Alam, kami berdua ajer perempuan. Kami berdua ajer straight sitter dan grad on time. Yang lelain ada repeat paper. Girl power hokkay!!! :-)

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay  murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code