Musim-musim cuti sekolah ni mesti kepala mak bapak pening memikirkan aktiviti anak-anak kan? Nak-nak yang anak-anak sudah besar panjang, konpom-konpon kena rancang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh & merangsang minda anak-anak kan? Takkan nak suruh anak-anak duduk rumah terperap macam katak bawah tempurung je kan??
Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-
1=Melakukan ibadah solat berjemaah apabila berkesempatan bersama-sama.
2=Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
3=Bawa
keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di
seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah
anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
4=Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
5=Menonton
bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan
anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
6=Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
7=Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
8=Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
9=Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
10=Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan
No comments:
Post a Comment