Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Monday, June 25, 2018

Kedai Makan bertaraf 4 bintang yang berdekatan homestay murah RM180 untuk 2H1M


Saturday, June 9, 2018

ATLAS COPCO DI KOTA KEMUNING - hanya 14 min @ 10KM perjalanan dari homestay

PEMBUKAAN AKADEMI LATIHAN BAGI PERKHIDMATAN TEKNIK PEMAMPAT ATLAS COPCO PERTAMA DI ASIA TENGGARA


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat berpangkalan dari Sweden, Atlas Copco memperkenalkan Akademi Latihan Asia Tenggara pertamanya di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis pembukaan dan perasmian Pusat Akademi Latihan berkenaan disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II di premis Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd di Kota Kemuning.

Acara penuh bermakna itu turut disertai H.E. Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt; Naib Presiden Pembangunan Kompeten dan Komunikasi Atlas Copco, Peter Leemans; Pengurus Besar Teknik Kompressor Atlas Copco Malaysia dan Singapura, Dereck Devlin dan Naib Presiden SEA Holding, Horst Wolfgang Wasel dalam upacara perasmian dan pemotongan reben.

Acara istimewa itu turut disaksikan oleh para pelanggan syarikat, Pengurus Besar Atlas Copco mewakili Filipina, Thailand dan Vietnam serta kakitangan di Malaysia.

Pembukaan Pusat Akademi Latihan ini adalah antara peristiwa penting dan pencapaian Atlas Copco di Malaysia. Malaysia dipilih sebagai pusat latihan serantau dengan tujuan untuk
membangun dan meningkatkan tahap kecekapan juruteknik syarikat di rantau Asia Tenggara.  







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code