Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Friday, July 7, 2017

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Petaling

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Petaling


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 10 malam ini berikutan kerja-kerja pembaikan  pada paip utama yang pecah di belakang tapak kilang JVC, Seksyen 21, Shah Alam.        

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dianggarkan mengambil masa 48 jam untuk siap sepenuhnya.

“Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai," menurut kenyataan itu.

Antara kawasan di Klang dan Shah Alam yang terjejas ialah Seksyen 21, Seksyen 26, Batu 3 Shah Alam, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Seksyen 33, Bandar Putera, Taman Samarinda dan Taman Desa Kemuning.

Di Petaling, antara kawasan yang terlibat ialah USJ 1 hingga USJ 15; USJ 3A, 3B, 3C dan 3D; Subang Heights, Taman Perindustrian UEP TP1 hingga TP7; Putera Avenue dan Putra Setia.

Menurut Syabas, bekalan air bantuan akan dilakukan melalui lori tangki ke kawasan yang terlibat dan ​​​​​​pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS (taip: Tanker Nama dan Alamat) ke 15300.

Orang ramai boleh merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar 'mySyabas' untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu. - Bernama

Sunday, July 2, 2017

JALAN-JALAN DI ICT SHAH ALAM 2016

Kenangan Semusim: JALAN-JALAN DI ICT SHAH ALAM 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Cuti Chinese New Year baru ni sempatlah aku membawa anak-anak berjalan di ICT Shah Alam . Bertambah meriah dengan lampu-lampu. Rasanya ini kali ketiga aku datang ke ICT ni. Kali pertama masa tu Amni baru berusia 6 bulan kemudian masa umur dia 2 tahun kalau tak silap. Kini Amni dah 6 tahun. So banyaklah yang dah berubahnya kan.

Time aku datang tu memang ramailah pulak orang. Awal lagi jalan dah jamed. Padahal baru pukul 9. Aku dari rumah masa tu pukul 5.30 petang. Kononnya nak sampai awal Shah Alam ni sebab nak rasa Roti John Cheese Sekilo tu yang baru kua TV3 tu nak kabo kan.. haha....Sampai-sampai jer...nah orang berbaris ada nak dekat 100 orang rasanya. Tak larat teman nak tunggu. Aje mandang jer lah kan. Tak ada rezeki la nak merasakan.

Jadi kami sepakat lah cari shopping complex yang lain nak sejukkan badan , nak cari makan sementara tunggu hari malam. Pergilah pulak ke AEON Jusco yang nampak besar sangat dari tepi highway masa mula-mula sampai tadi. Dekat dengan Stadium Shah Alam. Sampai-sampai jer rupanya belum bukak lagi....

Tak apalah nak buat camana. Cari lagi yang lain. Last pergi shopping complex dekat dengan SACC Shah Alam. Aku pun lupa apa nama shopping complex tu.

Jalan-jalan cuci mata. Sempat juga adik aku beli dua tiga tudung. Lepas tu kami makan di Pizza Hut. Bagi anak-anak kenyang dulu barulah senang nak berjalan nanti. Lepas solat Maghrib kami pun terus gerak ke ICT. Nak masuk parking
bersusun kereta tapi nasib ada parking.

Nak tahu lebih lanjut klik link warna kuning tu...  :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code