Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Wednesday, August 26, 2015

Jalan-jalan: GM Plaza Klang

I see. I Think. I Write.: Jalan-jalan: GM Plaza Klang


Akhirnya sampai  juga aku ke GM Klang. Selama ni bila lalu Bandar Botani Klang just dapat tengok dari tepi je. Tak pernah sempat nak sing...

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

Sunday, August 23, 2015

Shah Alam bandaraya pelancongan - Selangor & KL - Sinar Harian

Shah Alam bandaraya pelancongan - Selangor & KL - Sinar Harian

BANDARAYA dalam taman yang indah seperti Shah Alam ini menawarkan lokasi riadah menarik dan mendamaikan kepada warganya termasuk pengunjung luar. Shah Alam mempunyai destinasi menarik dan sering menjadi tumpuan untuk tujuan bersiar-siar, membeli-belah, bercuti dan berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Kunjungan ke Shah Alam pasti mengukir seribu kenangan manis yang akan segar dalam ingatan. Laman Seni 7 ialah tarikan terbaharu di Shah Alam, inisiatif yang lahir cetusan ilham kreatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang berhasrat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap lorong belakang yang sinonim dengan unsur negatif.

Apa yang cuba ditonjolkan adalah imej lorong belakang yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati pengunjung, bahkan sebagai tempat penganjuran aktiviti berfaedah lain. Lorong belakang yang sebelum ini suram bertukar ceria dan berwarna-warni dengan hiasan grafiti, mural serta persembahan muzik jalanan menjadikan ia sebagai lokasi yang sentiasa dikunjungi masyarakat setempat dan pelancong luar.


Selain itu, Shah Alam memiliki pesona tersendiri dengan tersergamnya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri Selangor yang menjadi simbol keagungan Islam di negeri ini. Masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Biru bagi pelancong adalah yang terbesar di Asia Tenggara, mempunyai seni bina Islam menakjubkan dan keindahan masjid seluas 14.6 hektar yang terletak di sebahagian Tasik Shah Alam itu mempunyai kubah masjid terbesar di dunia serta menara tertinggi di dunia.

Sebagai Bandaraya hebat, Shah Alam turut dilengkapi kemudahan ilmiah seperti Perpustakaan Raja Tun Uda (Ratu) yang direka bentuk seperti kapal besar yang megah. Perpustakaan Negeri ini berfungsi mentadbir, menyelenggarakan dan menyelaras perpustakaan-perpustakaan di seluruh Selangor. Bukan itu sahaja, tasik buatan seluas 43 hektar yang dikenali Taman Tasik Shah Alam dikunjungi setiap hari kerana ia lokasi riadah dan santai bersama keluarga dengan dilengkapi trek joging, taman permainan, permainan kayak dan pelbagai lagi aktiviti sihat.


Tidak ketinggalan juga, Dataran Shah Alam turut direka unik menggabungkan unsur tradisional, moden dan klasik. Dataran Shah Alam turut dilengkapi dengan satu skrin gergasi dan menara jam setinggi 50 kaki sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga.

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

 
#sumber berita harian


Wednesday, August 19, 2015

Jarak homestay ke Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam

Jarak ABA homestay ke Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam = hanya 13 minit perjalanan

Monday, August 17, 2015

Cuti-cuti Malaysia: I-City, Shah Alam

wararies: Cuti-cuti Malaysia: I-City, Shah Alam

Salam,
Lama dah takde entry cuti-cuti.
Minggu lepas, aku bersama keluarga berpeluang melawat i-city, Shah Alam.
Kesimpulannya, seronok ok. Sebab apa?
Sebab tak ramai orang dan dapat harga pakej. Sebelumni kalau pergi
i-city, mesti ramai orang dan nak parking pun susah. Tapi kali ni, tak
ramai orang. Nak berjalan-jalan kat situ pun tak sesak.
Tujuan utama pergi i-city ni sebenarnya nak tengok patung
lilin tu je. Harga tiket untuk masuk adalah RM35 seorang. Tapi masa nak beli tiket, staff disitu suggest untuk ambil pakej. Pakej ni berharga RM52 seorang dan boleh
masuk 5 tempat tarikan. Setelah membuat pengiraan, kami decide nak ambil pakej tu. 
Jimat ok. DAN kami tambah untuk masuk
trick art  museum (RM15). DAN rasanya
pakej ni valid untuk weekdays je rasanya.
5 tempat tarikan itu adalah:
  Red Carpet (Patung Lilin)
·        Rumah hantu
·        Space Walk
·        Snow Walk
-    Waterworld

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam untuk anda sekeluarga.


Peta Laluan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code