Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Saturday, February 14, 2015

MAS Tawar Tambang Murah Sempena Tahun Baru Cina 2015

MAS Tawar Tambang Murah Sempena Tahun Baru Cina


Subang - Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang perjalanan hebat kepada pelanggannnya untuk merancang percutian akan datang. Tawaran terhad itu bermula 4 hingga 15 Feb ini khas untuk perjalanan kelas Ekonomi bagi destinasi domestik dan antarabangsa dengan penerbangan mulai 7 Feb hingga 30 Nov 2015.

Menurut MAS , tambang rendah itu termasuk yang menjadi destinasi kegemaran MAS iaitu London, Paris dan Dubai, serta destinasi utara Asia iaitu Incheon, Narita, Osaka dan Taipei. Tambang yang menarik turut ditawarkan bagi destinasi Orient dan ASEAN seperti Phuket, Yangon, Phnom Penh dengan lebih 20 destinasi antara syarikat penerbangan termasuk New York, Chicago dan Miami.


"Mereka yang pulang ke kampung semasa musim perayaan mungkin berhasrat mengambil peluang atas tambang rendah ini memandangkan MAS mempunyai banyak destinasi untuk mereka pilih," katanya Naib Presiden Kanan Serantau bagi Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad.

"Kita turut mengadakan peraduan khasnya kepada tetamu kami yang membeli tiket pada tempoh jualan.

Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code