Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Thursday, July 24, 2014

i-City Shah Alam 1 : Malaysia Travel

Kaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin: i-City Shah Alam 1 : Malaysia Travel


My First Visit to the Coolest Hotspot in Town


Kembara kami kali ini adalah ke I-City, Shah Alam. Melancong dalam negeri juga tidak kurang menariknya. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang baik lagi hujan batu di negeri sendiri. Nak ke i-City agak mudah juga. Kan GPS ada, pasti boleh sampai punya. Kalau tidak cari saja pintu masuk No.2 ke UiTM (berhampiran Wisma Jakel Seksyen 7 Shah Alam). Ada simpang 4 dan traffic lite, ambil saja laluan yang bertentangan dengan pintu masuk ke UiTM.

Di harap tidak mengelirukan anda. Guna je GPS. Jalan terus sampai jumpa simpang ke kiri
selepas sungai kecil (Longkang besar), masuk ke kiri dan jalan terus. Dari sini anda pasti nampak kerlipan lampu LED di i-City. Saya terus memandu Ke Gate A. Terus masuk ambil parking tiket. Parking di mana-mana area di kawasan berhampiran Maybank, KFC, 7 eleven, The Chicken Riceshop atau Pos Malaysia. Parking fee tak mahal. Kami parking dari jam 930 pagi sehingga 1000 malam baru di caj RM12.00.Alamat : I-City, XG 7, Jalan Plumbum X7/X, Pusat Komersil Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Harga masuk pulak. Murah je. RM 70 untuk 6 attractions. i) Water World  ii) House of Horror iii)Trick Art Museum iv) Snowwalk v) Red carpet  vi) Space Mission. Harga asal adalah RM165. Kami beli semasa MATTA FAIR bulan Februari 2014. Link blog tentang MATTA Fair Feb 2014 telah saya siarkan di ink berikut :  http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-matta-fair-mac-2014.html. Berbaloi kalau beli di MATTA FAIR. MATTA FAIR yang berikut adalah pada bulan Sept 2014.  

Mengimbau kembali semasa kami bercuti ke Sydney sahaja. Kalau nak masuk ke Madame
Tussauds, Sydney beli tiket di kaunter sahaja dah AUD 40 (RM120). Atau on line tiket sahaja AUD 28 (RM98). Kiranya berbaloi, di Malaysia RM70 boleh tengok 6 attractions instead of Red Carpet (Madame Tussauds Malaysia).


Klik tajuk yang ada kaler kuning tu untuk tahu lebih lanjut.

Pihak kami ada menyediakan homestay murah di shah alam dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Peta Laluan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code