i-City Shah Alam tu tak jauh pun dari rumah kami. Hari-hari lalu kot. Tapi perginya baru dua kali…tu pun dah bertahun dulu rasanya hehehe Izzah selalu tanya… “Mama, bila kita nak pergi tempat roda bulat besar tu?” Roda bulat besar = ferris wheel kat i-City tu kalau malam memang nampak cantik terang benderang. Memang mengumpan jiwa kanak-kanak nak
pergi ke situ lah.Beberapa minggu lepas saya dapat jemputan ke i-City bersama famili. Dapat cuba banyak tarikan baru i-City dengan percuma!


Itsy Bitsy
Masa saya pergi i-City Shah Alam pada bulan Ogos, taman ajaib Itsy Bitsy ni masih dalam pembinaan. Tapi memang dah nampak rupa bentuk permainanan kanak-kanak yang menarik dan ceria.Teruja sungguh Izzah bila kami pergi i-City Shah Alam dan Itsy Bitsy tu dah dibuka! Itsy Bitsy adalah satu taman magik yang menceritakan tentang sikap
kerajinan semut yang boleh dicontohi oleh golongan kanak-kanak.



i city shah alam 10 Tempat Menarik di Selangor | Tarikan Terbaru di i City Shah Alam – Itsy Bitsy, Jungle Adventure dan Fun Drive