Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Saturday, August 3, 2013

Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Jalan Batu Tiga (Kolej Vokasional Shah Alam)

U2ME: Kolej Vokasional Shah Alam - Ke Arah Transformasi ...:

Assalamualaikum ! Sekolah teknik dulu pernah dianggap dan dipandang enteng sebagai pelajar yang 'malas belajar' tetapi tidak kini lagi. 

PENGENALAN

Kolej Vokasional Shah Alam merupakan salah sebuah kolej rintis di bawah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) yang memberi fokus utama kepada pendidikan kemahiran. Kolej ini terdiri dari 101 orang pengajar dan 24 orang staf sokongan. Sesi pembelajaran bermula 8.00 pagi sehingga 5 petang.  Sehingga bulan Julai 2013, jumlah pelajar di kolej ini mencecah 379 orang pelajar, 85% daripadanya menetap di asrama yang disediakan

 LATAR BELAKANG KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

Kolej Vokasional Shah Alam, terletak di Jalan Batu Tiga, Shah Alam,dibina pada 26 Jun 1989 dengan keluasan 32 ekar di bawah projek ADB III, dan siap sepenuhnya pada bulan September 1992. Kedudukannya adalah di tengah-tengah kawasan perindustrian.
       Pengambilan pelajar pertama adalah pada bulan Mac 1993 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam. Pada tahun 1997, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik dengan memperkenalkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera iaitu disamping dua kursus aliran vokasional, kursus kemahiran dan kursus lanjutan masih terus dijalankan. Mulai tahun 2005, kursus Pengaturcaraan Komputer telah ditawarkan di sekolah ini dengan kapasiti 20 orang pelajar bagi tingkatan 4 dan 5.
        Pada tahun 2010,  sekolah ini telah ditukar semula kepada Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam dan menawarkan kursus tambahan iaitu Pengurusan Perniagaan dengan kapasiti 30 orang pelajar bagi setiap kelas.
            Pada tahun 2012, berlaku lagi perubahan tetapi sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional Shah Alam. Sehingga tahun 2013, empat kursus telah ditawarkan untuk Diploma Vokasional iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Pangkalan Data dan Web dan Pengurusan Perniagaan.

Untuk mengetahui cerita lebih lanjut, klik tajuk / title di atas ni.

Pihak kami ada menyediakan homestay dan perkhidmatan teksi untuk anda sekeluarga.

Klik link di bawah untuk pergi ke sana dari homestay kami:
Peta Laluan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code