Name List of Booking Adik Beradik Ahnaf Homestay

Monday, April 1, 2013

Adik Beradik Ahnaf Homestay Murah Di Shah Alam, Single Storey Corner Lot, RM180 semalam & FREE Wifi/Unifi

Assalamualaikum wbt

Ingin mencari homestay yang murah dengan harga berpatutan di Shah Alam samada sewa harian atau bulanan? Kunjungilah adik beradik ahnaf homestay yang terletak di Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam. Berdekatan dengan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Kota Kemuning & Sri Muda. Homestay yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti peralatan memasak, membasuh kain, perabot, meja makan, televisyen Astro, parking kereta dan sebagainya. Di samping itu, penyewa boleh melayari internet secara percuma (unifi) atau wifi berbanding homestay lain yang masih kurang menyediakannya.

Kelebihan menyewa homestay berbanding hotel sangat banyak. Contohnya menghadiri konvokesyen atau melawat anak-anak di Uitm Shah Alam? Kalau menginap di hotel, sah-sah kalau datang bersama keluarga yang ramai perlukan 2-3 bilik. Mahu cecah Rm400+ untuk 2-3 bilik menginap di hotel tersebut.

Homestay kami bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak. Jadi tak perlulah ibu bapa risau kerana boleh menjenguk di luar tingkap untuk melihat / memantau anak2 di taman permainan kanak2 dari rumah. Kawasan parking kereta juga amat luas. Boleh meletak kereta di dalam kawasan rumah, hadapan rumah dan sebelah tepi rumah. Sungguh beruntung bagi penyewa yang ramai di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JavaScript Free Code